Sitor Situmorang

Sitor Situmorang
Situmorang, s. 1955
Situmorang, s. 1955
Lahir(1923-10-02)2 Oktober 1923
Harianboho, Sumatera Utara, Hindia Timur Belanda
Meninggal dunia21 Disember 2014(2014-12-21) (umur 91)
Apeldoorn, Belanda
BahasaIndonesia
WarganegaraIndonesia
Belanda
GenreSajak, esei, penulis cerita pendek
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox pengarang dengan parameter "ethnicity" yang tidak diketahui

Sitor Situmorang (2 Oktober 1923 - 21 Disember 2014) ialah seorang penyair, penulis esei dan cerpen Indonesia. Situmorang dilahirkan di Harianboho, Sumatera Utara, dan mendapat pendidikan di Jakarta. Beliau bekerja sebagai seorang wartawan dan pengkritik sastera di Medan, Yogyakarta dan Jakarta untuk pelbagai surat khabar dan majalah.[1]

Sitor dianggap oleh sarjana Belanda dan pengkritik sastera Indonesia A. Teeuw sebagai penyair terkemuka Indonesia dari Angkatan '45 selepas Chairil Anwar. "Pandangan-pandangannya amat dipengaruhi oleh eksistensialisme Perancis awal tahun lima puluhan, dan bentuk puisinya, seperti yang ditunjukkan oleh Subagio, memaparkan persamaan yang luar biasa dengan perlambangan Perancis (Subagio Sastrowardojo 1976)."[2] Walaupun pengaruh Eropah, beliau masih berakar umbi dalam budaya Batak beliau.[3]

  1. ^ Rampan, Korrie Layun (2000). Leksikon Susastra Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. ISBN 9796663589.
  2. ^ Teeuw, A. (1979). Modern Indonesian Literature. II. The Hague: Martinus Nijhoff. ISBN 9024723086.
  3. ^ Helmi, Kunang (13 April 2008). "Sitor Situmorang remembers his Batak childhood". The Jakarta Post. Dicapai pada 15 May 2012.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search